Kamis 25 May 2023 09:30 WIB

Masjid Al Qiblatain Saksi Perpindahan Arah kiblat

Masjid Al Qiblatain kerap dikunjungi jamaah saat di Madinah.

Rep: Rossi Handayani/ Red: Muhammad Hafil
Masjid Al Qiblatain Saksi Perpindahan Arah kiblat. Foto:   Masjid al Qiblatain di Arab Saudi. Ilstrasi.
Foto: rugusavay.com
Masjid Al Qiblatain Saksi Perpindahan Arah kiblat. Foto: Masjid al Qiblatain di Arab Saudi. Ilstrasi.

REPUBLIKA.CO.ID,JAKARTA -- Salah satu masjid yang menjadi tujuan untuk dikunjungi para jamaah saat di Madinah yakni Masjid Al-Qiblatain. Masjid ini menjadi saksi perpindahan arah kiblat kaum Muslim.

Dikutip dari buku Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah, masjid Al-Qiblatain terletak di tengah-tengah perkampungan Bani Salamah, yaitu di sebelah barat daya Madinah. la dikelilingi oleh kebun-kebun. Manakala Wadi Al-Aqiq pula terhampar di sebelahnya Maksudnya:

Baca Juga

وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۗ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوْا وُجُوْهَكُمْ شَطْرَهٗ ۗ وَاِنَّ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ لَيَعْلَمُوْنَ اَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللّٰهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُوْنَ

“Sesungguhnya Kami melihat muka kamu sering mendongak ke langit, maka benar-benar Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada palingkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka dan Allah sekali-kali tidak lengah daripada apa yang mereka kerjakan" (QS. Al-Baqarah ayat 144)

Sewaktu Rasulullah ﷺ tiba di Madinah. Baginda diarahkan supaya menghadap ke arah Baitul Maqdis (kiblat solat) dan ramai di antara penduduk Madinah waktu itu daripada kalangan Yahudi dan memang kiblat mereka ialah Baitul Maqdis. Orang Yahudi sangat gembira dengan perbuatan Rasulullah ﷺ ini, sedangkan Rasulullah ﷺ sebenarnya lebih suka jika kiblat solat ditukar ke arah Baitullah.

Rasulullah ﷺ pun berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu mengizinkannya dan para sahabat radhiyallahu 'anhu berpaling ke Bailullah.

Ada riwayat mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sentiasa mengejek Rasulullah ﷺ dengan berkata: '‘Muhammad menentang ajaran kita tetapi solatnya mengikut kiblat kita” .

Akhirnya, selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah ﷺ menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Baginda mendapat perintah untuk berkiblatkan Kaabah.

Namun, setelah turunnya ayat tersebut golongan Yahudi sekali lagi membuat propaganda, kononnya apakah kesudahan orang yang telah mati sedangkan mereka telah bersolat ke arah Baitul Maqdis, apakah solat mereka diterima? Berbagai-bagai lagi persoalan dikemukakan.

Demikianlah sifat jahat orang Yahudi yang tak habis-habis menyakiti dan mengkhianati orang Islam, sehingga Allah menggambarkan mereka dalam Alquran (maksudnya): “Telah berkata orang-orang yang bodohdaripada kalangan manusia..." (QS. Al-Baqarah ayat 142)

Terdapat perselisihan riwayat di manakah Rasulullah ﷺ berada sewaktu turunnya ayat ini dan di masjid manakah bermulanya solat ke arah Kaabah:

Pertama: Ibnu Saad di dalam At-Tabaqat meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ sedang melawat Ummu Bishr bin Al-Bara’ bin Ma’rur di kawasan Bani Salamah. Beliau telah menyediakan jamuan untuk Rasulullah ﷺ dan sahabatnya. Apabila tiba waktu solat zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu.

Sedang Baginda berada di rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkannya agar menukar arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram. Baginda terus berpaling menghadap ke arah Kaabah, ke sudut yang bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan menyambung baki solatnya. Begitulah masjid yang bersejarah ini mendapat namanya.

Menurut riwayat daripada Muhammad bin Jabir radhiyallahu 'anhu pula, setelah ditukarkan kiblat, beberapa orang daripada Bani Salamah sedang bersolat di masjid mereka, tiba-tiba datang berita bahawa kiblat telah bertukar sedang dua rakaat telah pun diselesaikan, lalu mereka pun berpaling menghadap ke arah Kaabah.

Kedua: Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Al-Bara’ bin ‘Azib bahwa solat pertama Rasulullah ﷺ selepas pertukaran kiblat ialah solat asar.

Ketiga: Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar subuh di masjid Quba tiba-tiba datang berita mengatakan Rasulullah ﷺ telah diarahkan supaya menghadap ke arah Kaabah, maka mereka pun berpaling ke arah tersebut. Inilah di antara riwayat yang menceritakan mengenai peristiwa pertukaran kiblat. Berdasarkan kepada hadis-hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ solat bersama sahabat ke arah Kaabah selepas turunnya ayat perintah akan pertukaran kiblat.

Selepas itu, ada di kalangan sahabat yang melalui masjid yang jamaahnya sedang mendirikan solat ke arah Baitul Maqdis. Sahabat itu pun memberitahu kepada mereka bahawa beliau telah bersolat bersama Rasulullah ﷺ ke arah Kaabah, lalu jamaah tersebut pun berpaling ke arah Kaabah dan menyempurnakan solat mereka.

Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar; “Adapun at-tahqiq (setelah diteliti), solat pertama ke arah Kaabah ialah solat di Bani Salamah (Qiblatain) yaitu solat zuhur. Solat pertama mengadap kiblat di Masjid Nabawi pula ialah sholat asar. Adapun solat subuh ialah di masjid Quba.

Kini, Masjid Qiblatain (Bani Salamah) masih wujud dengan binaan baru dan menjadi salah satu tempat lawatan di Madinah walaupun tidak mempunyai kelebihan yang khusus seperti masjid Quba.

 

 

 

Advertisement
Berita Lainnya
Advertisement
Terpopuler
1
Advertisement
Advertisement