Inilah cerita kisah pesohor atau artis televisi Malaysia ketika melakukan umrah ke Makkah. Sama halnya dengan kebiasaan orang Indonesia, mereka juga mendapat perhatian dari para jamaah asal negeri jiran tersebut. Mereka diminta foto dan selfie bersama para peziarah yang tengah melakukan ibadah ’haji kecil’ itu.
Dan inilah kisalhnya seperti diuktip dari media Utusan Malaysia/Utusan.com. Sebuah kisah menarik, dan makin menarik ketika dibaca dalam bahasa asinya:
KUALA LUMPUR 19 Nov. – Sejak digandingkan buat pertama kali menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada Mei lalu, hubungan pasangan popular Fattah Amin dan Fazura mula menarik perhatian peminat.
Kisah hubungan mereka semakin menjadi tanda tanya apabila Fazura meraikan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-27 pada 14 September lalu.
Fazura bukan sahaja memberi satu ucapan istimewa buat Fattah melalui Instagram miliknya tepat pukul 12 tengah malam, malah dia yang ketika itu berada di New York, Amerika Syarikat turut mengirimkan 50 kuntum mawar yang dianggap peminat sebagai tanda cinta tanpa syarat.
Selang 13 hari kemudian, Fattah pula membalas dengan menghadiahkan 500 kuntum bunga mawar pada majlis sambutan ulang tahun Fazura yang ke-34.
Tidak bertitik di situ, nama mereka kembali menjadi sebutan apabila timbul khabar angin menyatakan Fattah dan Fazura telah memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.
Kini tumpuan terhadap pasangan ini bukan sahaja di Malaysia, malah kelibat mereka di kota Mekah juga menarik perhatian jemaah Malaysia di sana.
Ternyata, ramai jemaah tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan bersama pasangan yang dikatakan telah berkahwin ini.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsi oleh peminat di laman sosial, rata-rata netizen mendoakan segala urusan serta ibadah Fattah dan Fazura dipermudahkan.
Fattah dan Fazura berangkat ke Mekah pada 15 November lalu, sekali gus meninggalkan persoalan tentang status hubungan mereka.
Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan laporan pasangan berkenaan dikatakan telah berkahwin dalam majlis tertutup sekitar 12.30 tengah malam, 14 November lalu.
Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura, pasangan itu sah menjadi suami isteri dalam majlis yang penuh sederhana.
Bagaimanapun, pasangan berkenaan yang mengunci mulut mereka berjanji akan mengeluarkan kenyataan dalam sidang akhbar pada 23 November ini.